- Tempahan dan Pembayaran
- Semua tempahan hendaklah dibuat melalui saluran rasmi yang ditetapkan oleh MPKj.
- Bayaran penuh perlu dijelaskan sebelum kebenaran penggunaan diberikan.
- Resit atau bukti pembayaran wajib dikemukakan apabila diminta oleh pegawai bertugas.
- Pengurusan Masa
- Pengguna tidak dibenarkan menggunakan padang sebelum dan selepas tamat tempoh yang dibenarkan.
- Pengguna hendaklah mematuhi jadual tempahan yang telah ditetapkan.
- Penggunaan melebihi masa yang diperuntukkan akan dikenakan caj tambahan.
- MPKj berhak menangguhkan atau membatalkan pengunaan tempahan pada bila-bila masa sahaja atas sebab-sebab operasi dan keselamatan atau kepentingan MPKj dan kerajaan.
- Peralatan dan Kemudahan
- Bola serta khidmat pengadil tidak disediakan oleh pihak MPKj.
- Pengguna bertanggungjawab menyediakan peralatan sukan sendiri.
- Sebarang kerosakan terhadap kemudahan padang akibat kecuaian pengguna akan dikenakan bayaran ganti rugi.
- Keselamatan Pengguna
- Penggunaan kasut yang sesuai (tanpa stud besi) adalah diwajibkan.
- Pengguna bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan pasukan masing-masing.
- Aktiviti yang berisiko tinggi, ganas, atau tidak berkaitan adalah dilarang sama sekali.
- Kebersihan dan penyelenggaraan
- Pengguna hendaklah memastikan kawasan padang dan persekitarannya berada dalam keadaan bersih selepas digunakan.
- Sampah mestilah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.
- Penggunaan makanan dan minuman di atas padang adalah dilarang bagi menjaga kualiti rumput sintetik.
- Larangan Umum
- Merokok, termasuk rokok elektronik (vape) serta penggunaan bahan terlarang adalah diharamkan di kawasan padang dan seluruh kawasan kompleks sukan.
- Sebarang bentuk penggunaan selain aktiviti bola sepak adalah tidak dibenarkan.
- Tidak dibenarkan membawa masuk sebarang kenderaan atau binatang peliharaan ke dalam kawasan padang.
- Sebarang sepanduk, gegantung, panji-panji, poster dan papan tanda tidak dibenarkan dipasang dimana-mana jua bahagian di kawasan padang dan kompleks sukan kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada MPkJ.
- Penganjuran semua jenis aktiviti politik, perjudian dan aktiviti yang diharamkan oleh kerajaan adalah tidak dibenarkan.
- Talian elektrik tidak dibenarkan disambung keluar daripada stadium/kompleks sukan kecuali dengan kebenaran daripada MPKJ.
- Penyewa tidak dibenarkan menyewa semula (meminda hal penyewaan) kepada orang lain.
- Tanggungjawab dan Liabiliti
- MPKj tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kerugian atau keselamatan pengguna semasa berada di padang dan sepanjang tempoh penyewaan.
- Pengguna wajib mematuhi arahan pegawai bertugas serta menjaga tatatertib sepanjang tempoh penggunaan.
- Cagaran akan dikenakan sekiranya penyewaan/penggunaan untuk tujuan bagi mengadakan pertandingan/perlawanan, majlis/program atau penyewaan/penggunaan secara harian.
- Sebarang kerosakan/kehilangan perlu diganti.
- Pembatalan Tempahan
- Pembatalan tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum waktu penggunaan.
- Pemulangan bayaran bagi pembatalan tempahan (yang dibuat dalam tempoh yang dibenarkan), perlulah merujuk kepada pegawai bertanggungjawab seperti yang tertera.
- Tiada pemulangan bayaran akan dibuat bagi pembatalan pada saat akhir yang kurang dari tempoh 24 jam.